Masih belum melabur saham? Berita negatif tentang ekonomi dan kejatuhan harga saham buat anda risau dan takut? Sementara anda bertangguh, pelabur lain sudah mula buat untung, dapat dividen dan seterusnya membina aset yang dapat memberikannya pendapatan pasif secara konsisten. Duit anda pula semakin dimakan inflasi! Ringkasan di bawah ni dan mungkin boleh bantu anda cepat-cepat faham mengenai pelaburan saham dividen.
Kenapa melabur saham?
Saham adalah antara instrumen pelaburan terbaik dalam mencipta punca pendapatan kedua tanpa perlu buat dua bidang pekerjaan. Melabur dalam saham telah terbukti secara konsisten sebagai salah satu bentuk pelaburan paling menguntungkan.
Apa kelebihan melabur saham?
- boleh bermula dengan modal rendah
- kecairan yang tinggi
- cipta pendapatan pasif dengan dividen
- jadi sebagai daripada pemilik syarikat besar dan ternama di dalam atau di luar negara
- pasaran yang dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
- pelbagai pilihan saham yang patuh Syariah
- atasi inflasi
- kuasa perkompaunan
Apa kekurangan melabur saham?
- Risiko hilang modal jika melabur tanpa ilmu
- Ambil masa untuk mengkaji/belajar
- Turun naik emosi
- Pasaran saham adalah ‘volatile’
- Tiada jaminan pulangan
Saham untuk siapa?
Untuk semua orang! Yang penting anda bersedia untuk belajar, bukan saja belajar melabur, tapi belajar kawal emosi. Bak kata Warren Buffet:
“Pasaran saham ialah alat untuk memindahkan wang daripada mereka yang tak sabar kepada mereka yang penyabar.”
Warren Buffett
Kesimpulan
Saham ini bagus / tidak bagus jika:
✅ Melabur dengan ilmu, boleh bersabar, faham turun naik pasaran
❌ Melabur tanpa ilmu, terikut-ikut orang, tiada ilmu asas kewangan