Jabatan Insolvensi Malaysia menakrifkan muflis atau bankrap sebagai proses yang mana penghutang diisytiharkan muflis melalui perintah mahkamah atas petisyen pemiutang atau petisyen penghutang sendiri. Ianya berlaku apabila penghutang gagal membayar hutang tertunggak yang berjumlah tidak kurang dari RM50,000. Selain itu, ia juga melibatkan tempoh masa tunggakan lebih daripada 6 bulan.
Dilaporkan 18 orang diisytiharkan muflis setiap hari di negara kita.
Di mana silapnya?
Apakah cara untuk keluar daripada status bankrap?
Dan yang paling penting, bagaimana untuk menguruskan kewangan dengan baik untuk menjauhkan diri anda daripada muflis?
Kes Muflis / Bankrap Di Malaysia
Dari Januari hingga Mei 2022, sejumlah 2,694 kes muflis telah dilaporkan di Malaysia.
Jumlah Kes Didaftarkan Setiap Hari = 18 Kes
Pecahan peratus mengikut jantina;
Jantina | Peratusan Kes |
Lelaki | 72.95% |
Wanita | 27% |
Apa Sebab Muflis?
5 sebab teratas yang menyebabkan kebankrapan;
Sebab | Peratusan Kes |
Pinjaman Peribadi | 41.91% |
Sewabeli Kenderaan | 14.83% |
Pinjaman Perniagaan | 13.53% |
Pinjaman Perumahan | 9.58% |
Hutang Kad Kredit | 8.35% |
Kesan Diisytiharkan Muflis
Mereka yang diisytiharkan muflis atau bankrap akan dikenakan halangan, seperti:
- Diletak di bawah penguasaan Ketua Pengarah Insolvensi (KPI )yang akan mentadbir aset individu tersebut untuk tujuan pembayaran balik hutang.
- Sekatan Perjalanan – Individu muflis tidak boleh keluar negara tanpa kebenaran bertulis daripada KPI atau tanpa perintah mahkamah.
- Had kredit, iaitu akaun bank individu tersebut akan dinyahaktif dan dihalang daripada membuat pengeluaran wang daripada akaun sedia ada.
- Segala aset individu ini akan dirampas dan diuruskan oleh KPI.
- Had pekerjaan: mereka dihalang untuk bekerja di dalam profession tertentu, seperti peguam, akauntan, doktor, dan juruukur.

Bagaimana Cara Untuk Keluar Daripada Status Bankrap?
- Bayar hutang – Individu bankrap perlu berbincang dengan Jabatan Insolvensi untuk mengetahui jumlah yang perlu dibayar bergantung kepada aset dan pekerjaan.
- Buat permohonan mahkamah – Mereka boleh memohon pelepasan daripada status bankrap mengikut syarat tertentu. Tiada pelepasan automatik untuk status bankrap.
- Buat permohonan kepada Jabatan Insolvensi – selepas 3 tahun, tertakluk kepada syarat tertentu.
AKPK – Boleh Bantu Anda Elak Dari Muflis
Jika anda terbeban dengan masalah hutang yang serius dan buntu mencari penyelesaian, AKPK boleh membantu anda. Yang penting adalah untuk mendapatkan bantuan lebih awal, kerana banyak kes kebankrapan berlaku kerana penghutang tidak mengambil sebarang tindakan atau pertolongan sehinggalah mereka sudah pun terlambat.
AKPK ialah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit yang ditubuhkan oleh Bank Negara.
Tiga perkhidmatan utama yang disediakan;
- Pendidikan kewangan
- Kaunseling dan nasihat pengurusan kewangan
- Program pengurusan hutan
Servis yang ditawarkan adalah percuma!
Kepentingan Ilmu Pengurusan Kewangan
Bebanan hutang yang tinggi boleh menyebabkan;
- tekanan mental.
- menjejaskan kesihatan.
- merosakkan hubungan dengan orang terdekat.
Jadi, penting untuk anda:
- Belajar ilmu mengurus kewangan
- Mula berbelanja ikut bajet
- Hidup di bawah kemampuan
- Tetapkan matlamat kewangan
Supaya status kewangan dan kemampuan anda boleh diurus dengan lebih bijak dan selamat.
Klik link untuk daftar ke kelas kami untuk tahu kepentingan pengurusan kewangan dan cara bina pendapatan pasif!