Inflasi menyebabkan nilai wang kita semakin mengecil. Perkara ini yang mengakibatkan kuasa pembeli semakin berkurangan dan sangat terkesan dengan kenaikan harga barangan. Berikut kami ringkaskan harga siling ayam standard, telur dan minyak masak yang berkuat kuasa bermula 1 Julai hingga 31 Ogos 2022.

Semenanjung

Ayam: RM9.40/kg

Telur: RM 0.45/biji (Gred A), RM 0.43 (Gred B), RM 0.41/biji (Gred C)

Langkawi

Ayam: RM9.90/kg

Telur: RM 0.45/biji (Gred A), RM 0.43 (Gred B), RM 0.41/biji (Gred C)

Sabah

Ayam: RM11.00 – RM11.30/kg

Telur: RM 0.50 – RM0.51/biji (Gred A), RM0.49 – RM0.50 (Gred B), RM0.48 – RM0.49/biji (Gred C)

Sarawak

Ayam: RM9.80 – RM12.90/kg

Telur: RM0.47 – RM0.50/biji (Gred A), RM 0.45 – RM0.48 (Gred B), RM 0.43 – RM0.46/biji (Gred C)

Labuan

Ayam: RM11.30/kg

Telur: RM 0.51/biji (Gred A), RM 0.50 (Gred B), RM 0.49/biji (Gred C)

Bagi minyak masak, harga baharu bagi 5kg dijual pada harga RM42.50 selepas kerajaan tidak meneruskan subsidi bagi minyak botol 1kg, 2kg, dan 5kg. Harga siling bagi minyak pek polibeg 1kg kekal RM2.50.

Aplikasi Semak Harga – Price Catcher

KPDNHEP membangunkan aplikasi PriceCatcher untuk membantu pengguna menyemak harga barangan keperluan asas berdekatan kawasan anda.

Aplikasi boleh dimuat turun di https://pricecatcher.kpdnhep.gov.my/

Selepas ni apa pula yang naik? Sememangnya kenaikan harga tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kita. Kos sara hidup pula semakin meningkat. Orang ramai pula perlu diberi kesedaran mengenai langkah-langkah menangani inflasi. Sebenarnya untuk jangka masa panjang terdapat strategi yang boleh digunakan orang ramai untuk mengatasi inflasi iaitu dengan menukar wang kita kepada aset-aset berkualiti.

Pelabur boleh dapat keuntungan dalam bentuk dividen atau capital gain apabila melabur dalam portfolio saham syarikat tertentu yang boleh buat untung walaupun dalam persekitaran inflasi! Nak tahu bagaimana caranya? Jom sertai webinar percuma kami untuk belajar saham menggunakan kaedah yang betul.