NAK BELAJAR SAHAM?
Seperti mana yang Anda saksikan di Astro Awani, program Bijak Labur memberi kesinambungan dalam menyebarkan Pendidikan Mengenai Pemilikan Syarikat Berkualiti Melalui “Seminar Bijak Labur Online”.
Kini dengan kerjasama dengan BURSA MALAYSIA di dalam program yang sesuai untuk semua pelabur termasuklah pelabur Syariah, jom belajar saham bersama KAMI!
Featured on

Pernahkah anda hadapi situasi ini?
Anda tiada sumber pendapatan tambahan selain daripada gaji sebagai pekerja?
Tidak kiralah sekuat mana anda bekerja, duit sentiasa tidak cukup?
Setiap kali pendapatan anda bertambah, kos sara hidup juga meningkat, dan anda rasa seperti ia tidak berkesudahan?
Anda pernah kerugian wang kerana tersilap membuat keputusan ketika membuat pelaburan masa lampau?
Anda tidak berpuas hati dengan pulangan pelaburan sedia ada?
Anda runsing memikirkan waktu persaraan dan masa depan mereka yang bergantung dengan pendapatan anda?
Anda sudah penat berkerja untuk wang, dan ingin mencari jalan supaya wang anda bekerja untuk anda?
Jika jawapan anda adalah “YA” untuk mana-mana soalan ini – jangan risau, kami mampu membantu anda mengubah keadaan!
Manfaat menyertai webinar ini
Apa kelebihan belajar saham bersama kami?
Cara Melabur saham & hartanah yang mudah melalui Exchange Traded Fund (ETF) & Real Estate Investment Trust (REITs)
Keadah melabur saham tanpa mendengar tips saham dan tanpa guna carta
Cara mencapai kebebasan kewangan dan masa diri sendiri dan juga keluarga anda
Anda akan belajar FORMULA RAHSIA memulakan pelaburan saham & hartanah dengan modal serendah RM15 sehari
Kenalpasti beza risiko pelaburan saham & hartanah berbanding ETF & REIT dan cara menilai ETF & REIT yang baik
Risiko datang daripada TIDAK MENGETAHUI apa yang anda LAKUKAN!
Betul ke Boleh Buat Duit Dengan Saham atau hartanah?
“Melabur … Tidak berisiko ke?”
“Melabur boleh menjana pendapatan pasif?, Yakin atau tidak?”
Bermain saham adalah sesuatu yang spekulatif, sama seperti berjudi, sekiranya anda melabur hanya stock tips dan juga mengikut trend pasaran.
Pelaburan bukanlah satu perkara yang kita harus bergantung pada pihak ketiga, kita harus melabur sendiri untuk memastikan duit kita selamat. Ramai orang kena scam pada masa ini, ia kerana mereka tidak tahu bagaimana hendak melabur dan percaya buta-buta kepada pihak ketiga untuk mengurus dana mereka.
Sekiranya anda bersedia untuk pelajari ilmu pelaburan saham dan membina aliran pendapatan dengan selamat, sertailah Seminar Bijak Labur Online percuma ini dimana kami akan membimbing anda tentang kaedah pelaburan yang jauh lebih mudah dan kos rendah secara tersusun supaya anda berjaya dalam pelaburan anda.
Siapa yang patut hadir kelas saham ini?
Anda Beginner Yang Mahu Berjinak Dengan Pelaburan
Anda tahu bahawa melabur saham & hartanah mempunyai risiko tinggi jika dibuat tanpa ilmu, dan anda ingin belajar rahsia untuk menjadi seorang pelabur yang bijak!
Anda Mahu Pulangan Pelaburan Lebih Menguntungkan
Pulangan pelaburan sedia ada tidak memuaskan dan tidak mampu memberikan impak yang positif kepada pendapatan & “net worth” anda.
Anda berkeluarga dan inginkan pendapatan pasif
Anda yakin pendapatan aktif sahaja tidak cukup sebagai persediaan masa depan keluarga, dan anda yakin pendapatan pasif mampu mengubah keadaan.
Apa yang bakal anda pelajari?
- Asas kewangan yang kukuh sebagai perisai setiap pelabur dalam menghadapi situasi pasaran yang tidak menentu.
- Strategi pelaburan saham pasif yang terbukti melalui instrumen bernilai yang bermodal pasaran USD 8 trillion dollar, iaitu Exchange Traded Fund (ETF).
- Formula rahsia berkaitan kaedah mencari peluang pelaburan saham yang mudah untuk dipraktikkan berkali-kali selepas membuat ulang kaji secara sistematik.
- Sistem langkah demi langkah dalam pengurangan risiko sebelum anda melabur dalam pasaran saham.
- Kriteria dalam memastikan potensi keuntungan yang baik dan mampu menjana pendapatan pasif yang konsisten.
- Kaedah alternatif pelaburan yang mudah jika anda tidak minat melabur dalam saham individu dan hartanah dan tidak gemarkan “drama” pasaran (cara melabur dalam sekumpulan saham).
Apa kata pelajar kami?
Ramai yang telah hadir dan mendapat manfaat daripada ilmu yang kami dedahkan. Anda juga boleh mendapat manfaat seperti mereka!
Kenali Jurulatih Anda

HELMY KASIM
Ketua Pelaburan Syariah, VI College
Beliau merupakan Ketua Pelaburan Syariah di VI College serta mempunyai lebih dari 12 tahun pengalaman dalam bidang kewangan dan pelaburan saham. Beliau juga memiliki kelayakan Perancang Kewangan Berdaftar Syariah (“Shariah Registered Financial Planner (SRFP)”) dari Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (“Malaysian Financial Planning Council (MFPC)”) dan mempunyai kelayakan untuk Melatih Pelatih dari HRDF dan MFPC.

ALIFF MAZLI
Jurulatih & Coach, VI College
Aliff pernah bertugas sebagai eksekutif pemasaran dan penasihat undang-undang korporat di dalam kerjaya terdahulu. Beliau juga seorang pelabur yang berpengalaman dalam bidang saham dan hartanah untuk menjana pendapatan pasif. Kini di VI College, beliau bertanggungjawab dalam pemasaran digital dan sebagai jurulatih yang giat membantu para peserta mendalami ilmu asas pelaburan.
JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!
Jika anda benar-benar berminat untuk menyertai kelas saham PERCUMA ini, sila isi maklumat di bawah untuk menjadi peserta Webinar Bijak Labur Online daripada VI College. Mulakan langkah pertama anda ke arah kebebasan kewangan sekarang!