Compound Interest atau Faedah Kompaun adalah konsep yang paling mudah untuk menggandakan wang. Anda hanya perlu konsisten dan melabur dalam jangka panjang untuk biarkan ‘faedah atas faedah’ terus kompaun. Di bawah ni kami ilustrasikan contoh mula melabur pada usia 20 tahun VS 30 tahun dengan mengambil kira compound interest!

Apa itu Compound Interest (Faedah Kompaun)?

– Faedah yang dikira ke atas modal dan faedah yang terkumpul

– Konsep ‘Faedah atas faedah’

– Makin lama wang dilaburkan, makin tinggi Compound Interest

Contoh pertama: Aiman mula melabur pada usia 20 tahun

Mula melabur = RM 1,000, tambah RM 100 setiap bulan

Tempoh melabur = 45 tahun

Kadar faedah = 10% setahun

Bersara pada = 65 tahun


Contoh kedua: Badli pula mula melabur pada usia 30 tahun
 
Mula melabur = RM 1,000, tambah RM 100 setiap bulan
Tempoh melabur = 35 tahun
Kadar faedah = 10% setahun
Bersara pada = 65 tahun

MASA adalah aset terpenting!
 

Berdasarkan dua contoh di atas, dengan bermula pada usia 20 tahun, Aiman mampu capai sejuta pada usia 65 tahun.
 
Manakala Badli yang bermula pada usia 30 tahun, mencapai sekitar RM380,000 pada usia 65 tahun.
 
Lebih awal anda bermula untuk melabur, lebih lama wang anda boleh digandakan!

Inilah konsep wang anda bekerja untuk anda!

Daftar webinar percuma kami dan belajar cara gandakan wang pada kadar 15-20% setahun!

*Pelaburan saham bukan skim cepat kaya, tetapi ia adalah satu proses membina kekayaan. Belajar menimba ilmu melabur saham sebelum anda mula melabur.