JPMorgan Chase & Co. melaporkan yang Metaverse akan ‘menembusi’ setiap sektor dengan cara tersendiri untuk tahun-tahun yang akan datang dan pasaran Metaverse dijangkakan memberi Revenue tahunan sebanyak $ 1 trillion dolar!

Dunia menuju METAVERSE

Apa maksud Metaverse?

Metaverse ialah dunia realiti maya di mana pengguna boleh berinteraksi dengan satu sama lain seperti mana dalam dunia nyata.

Terdapat 3 struktur utama yang membentuk Metaverse: Decentralization, Blockchain dan Virtualization.

Apa kegunaan Metaverse?

  1. Ruang pembelajaran dan pejabat virtual
  2. Pelancongan virtual
  3. Penggunaan blockchain lebih meluas – membuka pasaran NFT yang lebih interaktif
  4. Prospek pemasaran untuk pelbagai jenama lebih meluas contohnya melalui game
  5. Perubatan – mengumpul maklumat pesakit tanpa halangan geografi

Apa ciri-ciri penting Metaverse?

Metaverse mempunyai ciri-ciri;

  1. Interaktif – Pengguna boleh berinteraksi
  2. Boleh saling operasi – Avatar dan aset dicipta dalam Metaverse mudah diakses dan boleh beroperasi dalam ruang Metaverse berbeza
  3. Kualiti seperti dunia fizikal
  4. Potensi ekonomi yang besar

Bagaimana Metaverse beri impak kepada dunia?

Inovasi dalam perubatan

Profesional boleh mengumpul data pesakit di serata dunia untuk analisis dengan lebih banyak

Hiburan

Pelbagai bentuk hiburan dalam dunia virtual seperti konsert, gaming dan filem

Pelancongan

Bayangkan kita boleh melancong satu dunia dengan hanya membuka Google Maps, tapi kita dapat merasai semua pengalaman melancong seakan nyata.

Kesimpulan

Ramai terlepas kemunculan awal sektor teknologi sekitar 1990-an, ketika Amazon, Apple, Microsoft dan banyak lagi syarikat gergasi teknologi kini mula tersenarai. Kini pelbagai syarikat dengan potensi besar dalam ruang Metaverse dan peluang untuk menjadi pelabur awal dalam ruang ni lebih terbuka di depan mata.