MENGENAI KAMI
Tenaga Kerja & Misi di Sebalik Inisiatif Bijak LaburSATU INISIATIF DARIPADA
VI COLLEGE


VI College merupakan salah sebuah institusi pendidikan kewangan terbesar yang menawarkan seminar pendidikan pelaburan di Singapura dan di Malaysia. Di Malaysia ia dikendalikan di bawah 8VI Malaysia Sdn Bhd.
Sekarang, VI College telah berjaya mengubah kehidupan lebih daripada 55,000 orang graduan daripada pelbagai warganegara yang telah dipimpin oleh para pelatih yang professional dan berkemahiran. Matlamat kami adalah untuk memberi perkhidmatan kepada komuniti graduan kami melalui analisis dan pendidikan pelaburan yang diperkasakan oleh teknologi terkini dalam mewujudkan limpahan dan kebebasan kewangan yang mampan untuk mereka yang sentiasa berada di sekeliling kami.
Selain daripada Singapura dan Malaysia, pasukan pelatih VI College telah menjelajah lebih daripada 20 bandar di seluruh dunia dengan program terkenal mereka iaitu “VI Bootcamp”, di Taiwan, Thailand, Australia, Myanmar, India, Vietnam, Dubai dan banyak lagi.
Keseluruhan pasukan VI College termasuk team VI Syariah sangat berpengalaman dalam melatih pelajar menerusi sistem pengajaran yang efektif, prinsip pelaburan sebenar dan kaedah Value Investing serta memberi peluang kepada sesiapa yang hendak menjadi pelabur saham sehingga berjaya dan mencapai kebebasan kewangan.
Di Malaysia, 8VI Malaysia Sdn Bhd merupakan rakan kerjasama BURSA MALAYSIA bagi siri webinar pelabur-pelabur Syariah.

Negara
Bahasa
Graduan
Pengguna VI App

JURULATIH KAMI
Pelajari mindset, prinsip, tabiat & kaedah pelaburan, strategi serta pengurusan kewangan daripada gabungan pengalaman mereka sebagai pelabur.

HELMY KASIM
Ketua Pelaburan Syariah & Jurulatih, VI College
Beliau merupakan Ketua Pelaburan Syariah di VI College serta mempunyai lebih dari 12 tahun pengalaman dalam bidang kewangan dan pelaburan saham. Beliau juga memiliki kelayakan Perancang Kewangan Berdaftar Syariah (“Shariah Registered Financial Planner (SRFP)”) dari Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (“Malaysian Financial Planning Council (MFPC)”) dan mempunyai kelayakan untuk Melatih Pelatih dari HRDF dan MFPC.

ALIFF MAZLI
Jurulatih & Coach, VI College
Beliau pernah bertugas sebagai eksekutif pemasaran dan penasihat undang-undang korporat di dalam kerjaya terdahulu. Beliau juga seorang pelabur yang berpengalaman dalam bidang saham dan hartanah untuk menjana pendapatan pasif. Kini di VI College, beliau bertanggungjawab dalam pemasaran digital dan sebagai jurulatih yang giat membantu para peserta mendalami ilmu asas pelaburan dengan cara yang sistematik.
Nak belajar saham?
Anda inginkan bimbingan dalam pelaburan saham daripada institusi yang sah dan jurulatih berpengalaman?