Membina keluarga adalah satu tanggungjawab besar yang memerlukan perancangan kewangan yang teliti. Tanpa persediaan untuk komitmen kewangan, ia boleh memberi tekanan kepada sesebuah pasangan. Statistik Jabatan Pendaftaran Negara merekodkan masalah kewangan sebagai antara punca utama kes penceraian di Malaysia. Apakah kesilapan kewangan yang menjadi kebiasaan di kalangan ibu bapa yang dapat dielakkan?

Kesilapan Kewangan Biasa Ibu Bapa

Mahu anak sendiri memiliki apa yang anak orang lain ada

Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak.

Namun, memenuhi setiap kehendak anak boleh membawa keburukan.

Ibu bapa perlu lebih praktikal, jika anak orang lain memiliki tablet dan berpakaian jenama, tidak semestinya perlu diikutkan.

Jelaskan kepada anak tentang kos barang tersebut dan sebab mereka tidak dapat memenuhinya.

Tidak ajar anak tentang cara urus duit

Tak ramai ibu bapa yang membincangkan asas kewangan peribadi dengan anak-anak

Mengajar anak untuk celik kewangan adalah sama pentingnya dengan mengajar menulis dan membaca

Elakkan kesilapan ini dan mula bercakap dengan anak tentang duit. Mulakan dengan mengajar tentang bajet.

Tiada perancangan awal untuk pendidikan anak

Kos pendidikan anak bermula dari pusat jagaan harian (daycare) sehingga universiti boleh mencecah ratusan ribu ringgit.

Ibu bapa boleh mula merancang pendidikan anak-anak dengan membuat pelan pelaburan seawal kelahiran anak.

Dalam beberapa jenis pelaburan contohnya pelaburan saham, ibu bapa boleh menikmati pengecualian cukai hasil daripada keuntungan dividen serta kenaikan harga saham .

Tiada perlindungan insurans/takaful

Jika ibu bapa jatuh sakit, mereka tidak dapat bekerja untuk menyara keluarga.

Dengan pelan perlindungan takaful, anda dapat mencipta dana keselamatan yang boleh menanggung keluarga jika malang menimpa.

Kesimpulan

Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Anak-anak yang dibiasakan dengan pengetahuan kewangan sejak kecil cenderung untuk membuat keputusan kewangan yang lebih bijak apabila dewasa.

Ibu bapa memainkan peranan besar kepada anak-anak dalam mempengaruhi minda dan tabiat kewangan ini
Nak belajar cara pendapatan pasif yang boleh diajarkan semula kepada anak? Jom daftar ke seminar LIVE kami!