Infrastruktur adalah elemen kritikal dalam Metaverse. Tanpa memahami BAGAIMANA ia terbentuk, sukar untuk kita melihat peluang yang datang dengannya.

Infrastruktur adalah kunci utama yang menguasakan pembangun untuk membina aplikasi 3D, AR dan VR dengan penskalaan yang tinggi dan boleh digunakan merentasi pelbagai peranti untuk sebarang tujuan.

Peranan Semikonduktor Dalam Infrastruktur Metaverse

Apa itu Infrastruktur Metaverse?

Meliputi teknologi semikonduktor, cloud computing dan jaringan telekomunikasi (5G, 6G, satelit orbit rendah) yang membolehkan kita membangunkan lapisan Metaverse lebih tinggi.

Juga dikenali sebagai blok binaan Metaverse.

Syarikat Terlibat

Amazon Web Service, Microsoft Azure, Google Cloud, Intel, AMD, Qualcomm, fastly, Qorvo, Skyworks, Verizon, Cloudflare etc.

infrastruktur metaverse

Kenapa Infrastruktur sangat penting?

Fikirkan kemudahan harian yang anda nikmati, contohnya…

  • eCommerce
  • Makanan
  • Pengangkutan

Banyak proses yang berlaku di latar belakang sebelum anda boleh nikmati kemudahan ini.

Contohnya, untuk shopping di Shopee, anda perlukan >> telefon, Internet, aplikasi

Infrastruktur ialah bahan binaan yang membolehkan produk/servis akhir sampai kepada anda!

Peranan Semikonduktor

Cip semikonduktor menghidupkan hampir setiap barangan elektronik pengguna.

Pasaran dunia virtual dianggarkan bernilai $800 billion USD menjelang 2024.

‘Bahagian’ Metaverse yang memerlukan cip semikonduktor antaranya adalah kecerdasan buatan(AI), perkakasan AR/VR, keselamatan siber, perkomputeran awan, pusat data, pembangunan perisian dan banyak lagi.

Gambaran Menyeluruh Rantaian Bekalan Semikonduktor

rantaian bekalan semikonduktor

Memiliki saham atau ekuiti dalam syarikat infrastruktur adalah cara paling mudah untuk melibatkan  diri dalam sektor semikonduktor kerana penggunaannya yang bukan hanya terhad dalam Metaverse sahaja malah kelebihannya mempunyai permintaan yang sentiasa tinggi.