Sabda Rasulullah SAW, “Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya sehinggalah dia menjelaskan hutangnya.” – [Hadis Riwayat Tarmizi]

Begitulah seriusnya soal hutang. Dalam hadis lain juga disebut, “Akan diampunkan segala dosa orang yang mati syahid kecuali orang yang berhutang. – [Hadis Riwayat Muslim]

Hukum membayar hutang adalah wajib. Banyak hadis yang menegaskan kewajipan membayar hutang. Dalam episod kali ini, kami membawakan kisah tentang saudagar unta ketika zaman pemerintahan Saidina Umar Al-khattab yang membuat terlalu banyak hutang.

Tonton kisah ini dan semoga kita mengambil teladan daripadanya bukan sahaja dalam kehidupan seharian, tetapi juga dalam membuat pelaburan.