3. Apa Manfaat ETH Merge?
Pertama, mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 99.95%.
Ini adalah sangat penting kerana buat masa sekarang, Ethereum merupakan tonggak teknologi kepada beribu-ribu projek Web3 dan 71 juta wallet yang mengandungi Ethereum.
Keduanya, dari segi keselamatan.
Dengan PoW, penggodam memerlukan 51% kuasa pengkomputeran untuk menganggu rangkaian. Tetapi dengan PoS, ia hampir mustahil kerana penggodam perlu memiliki 51% mata wang kripto tersebut, barulah boleh menggodam rangkaian. Oleh itu, walaupun rangkaian diserang, ia dengan mudah boleh dikesan dan dikeluarkan daripada sistem.
Ketiganya, lebih ramai pengguna boleh menyertai rangkaian Ethereum.
Dengan peralihan kepada PoS, transaksi akan disahkan melalui staking. Mana-mana pemegang Ethereum boleh menyumbang dengan stake Etheruem mereka untuk mengesahkan transaksi dan menjamin keselamatan rangkaian. Dengan staking, pemegang Ethereum boleh memperoleh fi transaksi.
Keempat, memberi laluan kepada proses sharding.
Sharding adalah proses membahagikan blockchain Ethereum kepada blockchain yang lebih kecil dan mudah diurus. Maksudnya, daripada perlu mengesahkan semua transaksi pada blockchain utama,
pengesah transaksi boleh memfokuskan kepada transaksi yang berlaku dalam shard mereka. Oleh itu, kecekapan boleh ditingkatkan.
Sumber: blockchainfiles.org
4. Apa pelabur perlu tahu?
Memahami maklumat asas tentang ETH Merge adalah perlu jika anda ialah pelabur atau pedagang Etheruem. Namun, dari segi teknikalnya, anda tidak perlu berbuat apa-apa kerana anda masih memegang jumlah Ether yang sama.
Berikut adalah beberapa soalan asas yang kerap ditanya oleh pelabur/pedagang Ethereum;
a) Adakah fi berkurang selepas The Merge?
Tidak. Transaksi fi masih sama selepas ETH Merge. Namun, kemas kini akan datang seperti danksharding dan proto-danksharding mungkin membantu mengurangkan fi transaksi. Kedua-dua kemas kini ialah dijangkakan akan berlaku paling awal pun 2023. Namun, ETH Merge adalah proses penting untuk memberi laluan kepada kemas kini akan datang.
b) Adakah kelajuan transaksi meningkat selepas The Merge?
Tidak begitu meningkat. Blok Ethereum dikeluarkan sekali setiap 13 ke 14 saat dalam sistem PoW. Dalam PoS, blok akan dikeluarkan selang 12 saat. Disebabkan itulah, penggunaan blockchain sekunder ataupun Layer 2 wujud untuk memberi penyelesaian kepada kelembapan transaksi.
c) Adakah The Merge akan meningkatkan harga Ether?
Sukar dikatakan. Dengan pelbagai faktor dan kemungkinan yang tak diketahui, adalah mustahil untuk menjangkakan harga Ether.
d) Bolehkah saya menjadi pengesah transaksi atau staker?
Ya, boleh sekiranya anda memegang Ether.
5. Apa seterusnya bagi Ethereum?
The Merge baru Fasa 1, Fasa 2 kelak, iaitu Ethereum Sharding dijangka akan dilancarkan dalam 2023 ke 2024. Terdapat 5 fasa utama dalam melengkapkan kemas kini rangkaian Ethereum iaitu;
- The Merge
- The Surge
- The Verge
- The Purge
- The Splurge
Menurut pengasas bersama Ethereum, Vitalik Buterin, dengan lengkapnya kesemua lima fasa ini kelak, Ethereum mampu memproses 100,000 transaksi sesaat.
Nak ketahui lebih lanjut tentang asas pelaburan kripto? Sertai webinar kami segera!
Daftar di sini: https://www.bijaklabur.com/edisi-metaverse