Rangkaian blockchain kedua terbesar, Ethereum, melengkapkan peralihannya kepada sistem baru pada 15 September 2022. Peralihan ni memakan masa bertahun-tahun dan jargon-jargon yang rumit menyebabkan ramai pelabur kripto tertanya-tanya, apa sebenarnya ETH Merge ini?

Di penghujung artikel ini, anda akan memahami;

1. Apa itu ETH Merge?

2. Kenapa perlunya ETH Merge?

3. Apa Manfaat ETH Merge?

4. Apa pelabur perlu tahu?

5. Apa seterusnya bagi Ethereum?

1. Apa itu ETH Merge?

ETH Merge adalah mewakili peralihan rangkaian Ethereum daripada mekanisme konsensus Proof-of-work (PoW) kepada Proof-of-Stake (PoS).

Mekanisme konsensus adalah sistem yang mana diguna pakai untuk mengesahkan transaksi kripto.

Dalam kes ini, untuk tempoh mendatang, Ethereum tidak lagi akan menggunakan PoW tetapi sebaliknya akan menggunakan sistem PoS untuk mengesahkan transaksi kriptonya.

2. Kenapa perlunya ETH Merge?

Antara masalah utama dalam rangkaian Etheruem adalah gas fee yang tinggi akibat pertambahan ‘trafik’ dalam rangkaian. Jutaan transaksi dibuat setiap hari menyebabkan rangkaian menjadi sesak. Populariti NFT dan projek DeFi menambah lagi kesesakan.

Semakin tinggi kesesakan, semakin tinggi harga yang perlu dibayar oleh pengguna. Sebab inilah gas fee yang dibayar berbeza dalam setiap transaksi.

Untuk memudahkan pemahaman, bayangkan situasi trafik di Kuala Lumpur.

Peluang pekerjaan dan kemudahan yang banyak menarik ramai orang untuk datang dan bekerja di KL. Tetapi apabila semakin ramai, pencemaran udara daripada kesesakan trafik bertambah dan kos sara hidup meningkat.

Sama seperti dalam rangkaian Ethereum yang berasaskan mekanisme PoW.

Dalam PoW, transaksi kripto disahkan oleh miner yang bersaing untuk menyelesaikan puzzle Kriptografi yang rumit dan memerlukan banyak tenaga elektrik.

Dengan kesesakan yang tinggi, kebolehskalaan juga rendah.

Berbalik kepada contoh tentang trafik di KL tadi, bagaimana menyelesaikan kesesakan trafik?

Antaranya dengan pengangkutan awam yang lebih efisien, kekerapan bas dan kereta api yang lebih banyak dan menepati masa. Dengan ini, sudah tentu kesesakan jalan raya dan pencemaran udara dapat dikurangkan kerana orang ramai beralih kepada pengangkutan awam.

Secara teori, inilah yang akan berlaku apabila Ethereum beralih kepada mekanisme PoS. ETH Merge ni menetapkan tahap baru untuk rangkaian Ethereum menjadi lebih pantas, kebolehskalaan tinggi dan mesra alam sekitar.

Sambung baca Bahagian 2 di sini.