Bagaimana nak semak kekerapan bayaran dividen yang diberi oleh saham syarikat?
Laman Web Bursa Malaysia menyediakan pengumuman lengkap bagi pembayaran dividen setiap syarikat yang tersenarai di pasarannya. Di sini, kita boleh semak sejarah pembayaran juga untuk lihat sama ada syarikat tersebut konsisten atau tidak dalam membayar dividen. Bagi pelabur-pelabur baru dan pelabur yang masih belum ketahui untuk melihat datarekod pembayaran dividen Berikut kami kongsi cara semak dividen yang syarikat berikan.
Langkah Semakan Secara Online Melalui Laman Web Bursa Malaysia
Langkah 1: Layari https://www.bursamalaysia.com/ dan klik pada “Company Announcements”.

Langkah 2: Scroll ke bawah. Pada ruangan Keyword, taip Dividend dan pada ruangan Company, taip nama syarikat yang kita nak cari. Contoh: Petronas Gas Berhad. Kemudian, klik “Search”.

Langkah 3: Senarai Search akan dipaparkan di bahagian bawah. Setakat 5 November 2021, 4 pembayaran dividen telah diumumkan Petronas Gas Berhad. Boleh klik setiap satu pada ruang Title untuk lihat maklumat lanjut. Special Dividend pula biasanya dikeluarkan oleh syarikat jika terdapat penjualan aset tertentu.

Langkah 4: Setelah klik pada Dividend, butiran pembayaran dividen seperti Entitlement Date, Payment Date dan Entitlement Amount dapat dilihat. Sekiranya anda melabur dalam syarikat tersebut, tunggu saja dividen dimasukkan ke dalam akaun bank yang telah anda daftarkan. Anda juga akan dapat pengesahan melalui e-mel dan surat sebagai pemberitahuan.

Itu saja! Kini anda sudah pun tahu cara semak berapa kali syarikat beri dividen dalam setahun. Bagi pelabur saham yang melabur untuk dapatkan dividen, laman web ini sangat berguna untuk memastikan anda melabur dalam syarikat yang konsisten beri dividen setiap tahun!