Internet memungkinkan sesiapa saja dan di mana-mana saja, untuk mempelajari cara buat duit dalam talian dan menjana pendapatan pasif. Dengan kenaikan kos sara hidup, kita cuma ada dua pilihan; sama ada belajar cara buat duit melalui kerja sampingan atau menaikkan gaji sedia ada. Lebihan duit ini boleh ditambah ke dalam pelaburan untuk menjana pendapatan pasif.
Kedua-dua pendapatan aktif dan pasif adalah penting untuk meningkatkan kualiti kehidupan. Dengan mempelajari cara buat duit, anda bukan saja berpotensi untuk menambah pendapatan, tetapi kemahiran yang dipelajari boleh digunakan untuk meningkatkan gaji kerja sedia atau mencari kerja baru dengan gaji lebih tinggi.
Cara Buat Duit Melalui Kerja Sampingan
Sesiapa saja dengan capaian Internet berpotensi untuk menjana pendapatan sampingan. Tidak perlu modal besar, anda boleh bermula dengan apa-apa saja yang anda ada di tangan. Berikut 4 idea cara buat duit melalui kerja sampingan yang anda boleh mulakan terus.
1. Menyewakan kereta/rumah
Ada kereta yang anda jarang guna? Boleh disewakan. Antara aplikasi yang boleh anda guna ialah Kwikcar, Trevor dan Moovby.
Dalam ruang hartanah, selaian menguruskan sewaan rumah secara sendiri atau melalui ejen hartanah, anda juga boleh mencuba aplikasi yang menawarkan perkhidmatan serupa seperti Instahome dan Speedhome.
2. Freelance atau Kerja berdasarkan kemahiran
Anda ada kemahiran atau servis yang anda boleh tawarkan? Contohnya, fotografi, menulis, menterjemah, mereka grafik atau virtual assistant. Permintaan terhadap kemahiran ini adalah sangat tinggi dan ia tidak terhad di dalam negara sahaja. Syarikat-syarikat luar negara juga mencari bakat dalam negara untuk membawa masuk produk atau servis mereka ke dalam negara kita.
Antara platform yang anda boleh cuba untuk mencari tawaran sebegini adalah LinkedIn, Fiverr, Freelancer dan Upwork.
3. Program Affiliate
Ada tak produk atau servis yang anda betul-betul suka dan harap lebih ramai orang guna? Tentu ada kan. Cuba semak jika syarikat menawarkan program Affiliate. Anda boleh mendaftar dan terus promosikan produk atau servis tersebut.
Antara yang popular adalah Affiliate Shopee dan Lazada. Jika anda suka tentang pelaburan dan nak ajak rakan serta keluarga anda belajar juga, anda boleh join Affliliate kami di sini!
4. Pengurus Media Sosial
Anda luang banyak masa di media sosial dan banyak idea untuk cipta content? Anda boleh cuba jadi pengurus media sosial. Kerja ini tiada 5 tahun dulu namun sekarang, ia merupakan suatu kemahiran kerana media sosial penting untuk pemasaran.
Cara Buat Duit Melalui Kerja Sedia Ada atau Kerja Baru
Cara ini lebih kepada meningkatkan kemahiran yang perlu untuk berunding gaji yang lebih tinggi dengan bos, atau mencari kerja dalam bidang lain yang menawarkan gaji lebih tinggi.
Gaji kita adalah selaras dengan kemahiran yang kita boleh tawarkan. Kini, banyak platform percuma dalam talian yang anda boleh daftar untuk belajar meningkatkan kemahiran, sama ada berkaitan dengan kerja anda sekarang atau sesuatu yang baru yang ingin anda cuba.
Antara platform yang menawarkan kursus kemahiran secara percuma adalah;
- MDEC. MDEC ialah agensi ekonomi digital dalam negara yang antaranya menawarkan kos percuma dalam Facebook Digital Marketing, plaform e-dagang, program eRezeki untuk pekerja bebas dan lain-lain.
- Google, menerusi Google Digital Garage, anda ada pilihan untuk mendaftar dalam asas pemasaran digital, asas pembelajaran mesin, asas kod, platform awan dan sebagainya.
- Amazon, melalui AWS Skill Builder, anda boleh mempelajari kemahiran digital secara percuma.
Cara begini mungkin memakan sedikit masa. Tapi ia pelaburan yang perlu jika anda serius untuk mencari jalan meningkatkan pendapatan.
Cara Buat Duit Melalui Pelaburan
Untuk membina kekayaan, sejumlah wang daripada pendapatan aktif yang kita jana mestilah disalurkan untuk membina pendapatan pasif. Banyak pilihan untuk melabur yang boleh anda pilih.
Pelaburan secara am boleh dibahagi kepada jangka pendek dan jangka panjang. Untuk pelabur baru, fokus kepada pelaburan jangka masa panjang dahulu kerana strateginya yang lebih mudah berbanding strategi jangka pendek.
Lagi pula, sebahagian besar strategi dalam membina kekayaan adalah fokus kepada meningkatkan pendapatan berbanding pelaburan secara aktif.
Banyak pelaburan yang kita boleh buat antaranya ASB, Tabung Haji, Emas, ETF, unit amanah, mata wang kripto, hartanah dan NFT. Semua bergantung kepada modal dan risiko yang sanggup anda terima.
Jana Pendapatan Pasif
Melabur merupakan satu-satunya cara untuk anda bina pendapatan pasif. Selain melabur untuk dividen melalui ASB dan tabung haji, anda juga boleh melabur dalam saham seperti REITs atau saham dividen.
Untuk mendapat ‘capital gain’ atau laba modal, anda boleh fokus untuk melabur dalam saham dengan fundamental yang kukuh dalam masa jangka panjang. Melabur saham bukan sekadar melihat pergerakan harga, terdapat perniagaan yang beroperasi di sebalik setiap saham.
Dengan kaedah pemilihan saham yang betul, anda boleh mengembangkan modal seratus ribu ringgit menjadi sejuta dalam masa 13 tahun. Satu jangka masa yang munasabah, bukan?

Untuk mengetahui kaedah mencari saham berkualiti bagi memaksimumkan pulangan, anda boleh mendaftar untuk belajar saham percuma bersama kami!