Kini, banyak platform yang membolehkan pelabur atau pedagang jual beli kripto di Malaysia. Persoalannya, adakah ia selamat? Maksud selamat di sini adalah platform tersebut mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti dan tiada risiko laman webnya disekat dan tiba-tiba tidak boleh diakses. Penting untuk anda tahu cara beli kripto dengan selamat di Malaysia supaya anda tidak bingung bagaimana untuk mendapatkan kripto anda semula jika laman web tersebut disekat sepertimana yang terjadi kepada Binance pada Julai 2021.
Jika anda merancang untuk menyimpan aset digital ini dalam tempoh masa sederhana atau jangka panjang, panduan cara beli kripto dengan selamat di Malaysia di bawah ini adalah untuk anda.
Di penghujung artikel ini, anda akan memahami;
- Cara Beli Kripto Dengan Selamat di Malaysia
- Kelebihan dan Kekurangan Setiap Platform
- Status Syariah Kripto
- Belajar Kripto Secara Percuma
- Cara Beli Kripto Dengan Selamat di Malaysia
Jual Beli Kripto di Malaysia: Bagaimana Caranya?
Setakat ini, terdapat 4 platform yang mendapat kelulusan Surahanjaya Sekuriti untuk beroperasi sebagai platform tukaran aset digital bagi jual beli kripto di Malaysia. Berikut adalah 4 platform tersebut;
Jual Beli Kripto Melalui Luno

Luno ialah platform pertama diluluskan yang oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai platform tukaran aset digital.
Jual beli boleh dibuat sama ada melalui laman web atau dengan memuat turun aplikasi Luno.
Terdapat 9 kripto yang boleh dijual beli di Luno ialah:
- Bitcoin
- Ethereum
- Ripple
- Chainlink
- Uniswap
- Litecoin
- Bitcoin Cash
- Cardano
- Solana.
Sumber: Luno
Jual Beli Kripto Melalui Tokenize

Tokenize ialah platform tukaran dari Singapura dengan 19% pegangan ekuiti oleh Kenanga Investment Bank.
Jual beli boleh dibuat melalui laman web atau dengan memuat turun aplikasi Tokenize Xchange.
Terdapat 7 kripto yang ditawarkan iaitu:
- Bitcoin
- Ethereum
- Litecoin
- Solana
- Uniswap
- Bitcoin Cash
- Ripple.
Sumber: Tokenize
Jual Beli Kripto Melalui Sinegy

Sinegy ialah platform tukaran yang dibina di Malaysia.
Jual beli setakat ini hanya melalui laman web sinegy.com.
Terdapat 3 kripto yang ditawarkan iaitu:
- Bitcoin
- Ethereum
- Ripple
Sumber: Sinegy
Jual Beli Kripto Melalui MX Global

MX Global merupakan sebuah pagi platform tukaran yang dibina di Malaysia.
Syarikat ini mendapat suntikan modal daripada salah sebuah platform tukaran terbesar di dunia, Binance dan Cuscapi.
Jual beli setakat ini hanya melalui laman web mxglobal.com.my
Terdapat dua kripto yang ditawarkan iaitu:
- Bitcoin
- Ethereum.
Sumber: MX Global
Kelebihan dan Kekurangan Platform Kripto di Malaysia
Bagi keempat-empat platform, terdapat satu kelebihan serta persamaan yang ketara iaitu ia diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Bermakna, anda boleh berjual beli kripto dengan tenang tanpa perlu risau akaun anda tidak boleh diakses keesokan hari.
Bagaimana dengan platform popular lain seperti Huobi, Binance dan Kucoin?
Walaupun platform-platform ini menawarkan capaian kepada jenis kata wang kripto yang lebih banyak, perlu diingat bahawa ia tiada lesen beroperasi secara sah di Malaysia. Platform ini masih sahih namun terdapat risiko yang laman web atau aplikasinya tidak boleh diakses.
Jika ini berlaku, anda mungkin perlu menggunakan VPN, yang mana mungkin tidak semua pengguna cekap atau faham untuk mengendalikannya.
Satu kekurangan yang nyata ialah jenis kripto yang terhad di setiap platform. Namun boleh dilihat yang Luno dan Tokenize perlahan-lahan membawa masuk lebih banyak kripto lain untuk didagangkan.
Harapnya lebih banyak kripto lain akan dibawa masuk selepas ini.
Adakah Kripto Patuh Syariah?
Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah pun membincangkan tentang status Syariah aset digital sekitar Jun dan Julai 2020.
Keputusannya, MPS memutuskan bahawa pelaburan dan dagangan Aset Digital yang memenuhi syarat-syarat tertentu seperti mana digariskan oleh MPS dan didagangkan melalui Digital Asset Exchange (DAX) yang berdaftar dengan SC adalah dibenarkan.
Apakah syarat-syarat tersebut?
Aset Digital di bawah bidang kuasa SC terdiri daripada;
• mata wang digital
• token digital
Bagi mata wang digital, ia diiktiraf sebagai aset menurut perspektif syariah. MPS melihat mata wang digital dalam dua skop iaitu;
a) Berasaskan teknologi semata-mata tanpa disandarkan kepada sesuatu
Walaupun namanya mata wang, mata wang digital tidak dianggap sebagai mata wang dalam perspektif Syariah.
Jadi, ia tidak tertakluk kepada prinsip bai’ al’sarf (pertukaran mata wang) dalam dagangannya.
b) Disandarkan kepada emas, perak dan mata wang
Mata wang digital yang disandarkan kepada emas, perak dan mata wang, ia dikategorikan sebagai mata wang.
Jadi, ia tertakluk kepada prinsip bai’ al’sarf (pertukaran mata wang) dalam dagangannya.
Bagi token digital pula, ia dikira sebagai aset di bawah kategori ‘urudh.
Ada dua definisi ‘urudh di sini iaitu,
- Mengikut Ibn Qudamah, ia bermaksud aset selain daripada mata wang seperti tumbuhan, haiwan, tanah dan sebagainya.
- Menurut al-Bujairimi, ia bermaksud apa sahaja yang ditukarkan kepada mata wang adalah ‘urudh.
Bagi status Syariah token digital, ia perlu dipastikan bahawa hasil atau perolehan daripada jualan token digital serta hak dan manfaatnya mestilah untuk tujuan dan aktiviti yang patuh Syariah.
Anda juga boleh merujuk laman web ini, sharlife.my untuk senarai status Syariah aset digital.
Belajar Kripto Secara Percuma
Kalau anda dah baca sampai sini, tahniah! Anda kini dah tahu cara beli kripto dengan selamat di Malaysia.
Banyak medium untuk belajar kripto secara percuma di Internet. Medium kami pun salah satunya.
Untuk lebih banyak content tentang kripto, jemput follow kami di Facebook VI Syariah.
Selain itu, kami juga buat seminar terhad pengenalan semua elemen Web 3.0. Boleh daftar dan tempah tempat anda sebelum habis di sini >> https://www.bijaklabur.com/metaverse