Bursa Saham Malaysia boleh dirujuk kepada dua perkara; pertama, Bursa Saham Malaysia yang merupakan tempat dagangan saham dan sekuriti kewangan lain bagi syarikat tersenarai di Malaysia, atau kedua, Bursa Malaysia Berhad, iaitu syarikat yang bertanggungjawab menguruskan semua hal berkaitan pasaran saham di Malaysia. Bursa Malaysia Berhad juga turut tersenarai di Bursa Saham Malaysia dengan ticker KLSE:BURSA.
Bursa Saham Malaysia
Bursa Saham Malaysia sebelum ini dikenali sebagai Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE). Nama bagi pasaran saham Malaysia telah beberapa kali bertukar sejak penubuhan pada 1930 sebelum ia kini dikenali sebagai Bursa Malaysia.
Indeks utama bagi Bursa Malaysia ialah FTSE Bursa Malaysia KLCI, yang mana terdiri daripada 30 syarikat teratas dalam Bursa Malaysia. Fungsi utama indeks adalah mengukur prestasi Bursa Malaysia secara keseluruhan. Antara 30 syarikat teratas yang tersenarai dalam indeks ini adalah Maybank, Hartalega, Petronas Gas Berhad dan Tenaga Nasional.
Selain saham atau ekuiti, antara sekuriti lain didagangkan di Bursa Malaysia ialah bon, derivatif, ETF (exchange-traded fund) dan REITs (real estate investment trusts). Untuk memenuhi keperluan terhadap pelaburan patuh Syariah, pasaran modal patuh Syariah juga diperkenalkan. Melaluinya, pelabur Muslim boleh memilih untuk melabur dalam syarikat patuh Syariah dengan kelulusan status Syariahnya dibuat oleh Majlis Penasihat Syariah Malaysia dua kali setahun, di bawah seliaan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Bursa Malaysia Berhad
Bursa Malaysia Berhad ialah sebuah syarikat pertukaran bersepadu yang mana antara tugasnya adalah;
- Menguruskan hal berkaitan Pasaran Utama, ACE dan LEAP
- Menyediakan produk berkaitan ekuiti dan fixed-income
- Menyediakan produk derivatif termasuk komoditi, ekuiti dan kewangan
- Menyediakan platform perdagangan patuh Syariah dan pelaburan melalui Bursa Malaysia-i secara menyeluruh
- Perkhidmatan Clearing, Settlement dan Depository
- Sokongan teknologi dan perkhidmatan untuk operasi pasaran
Sebagai sebuah syarikat, Bursa Malaysia Berhad turut didagangkan di Bursa Malaysia. Uniknya modal perniagaan syarikat ini kerana tiada syarikat pesaing lain yang menguruskan hal berkaitan perdagangan saham di Malaysia selainnya. Oleh itu, mereka boleh dikatakan mempunyai pertahanan ekonomi dari segi kecekapan skala kerana memonopoli pasaran dalam industrinya.
Bursa Malaysia Berhad juga turut mempunyai rekod pemberian dividen yang baik kepada pemegang sahamnya. Syarikat konsisten dalam pemberian dividen sejak 2011 lagi. Ini pastinya menarik pelabur yang cenderung untuk melabur bagi mendapatkan pulangan dividen.
Mengikut rekod pegangan saham oleh institusi, antara syarikat pengurusan pelaburan terbesar dunia, Vanguard Group Inc. dan BlackRock Fund Advisors, turut memiliki pegangan saham dalam Bursa Malaysia Berhad.
Cara Melabur di Bursa Saham Malaysia
Untuk melabur di Bursa Saham Malaysia, pelabur perlu membuka dua akaun, iaitu akaun trading dan akaun CDS (Central Depository System). Kebiasaannya, apabila membuka akaun trading di mana-mana bank pelaburan, akaun CDS akan dibuka sekali oleh bank pelaburan bagi pihak pelabur.
Akaun trading adalah platform yang digunakan untuk jual beli saham, manakala akaun CDS adalah akaun di bawah Bursa Malaysia Berhad yang digunakan untuk menyimpan saham yang sudah dibeli.
Bursa Malaysia Berhad telah mempermudahkan proses pembelajaran untuk melabur saham dan pembukaan akaun melalui platform seperti Bursa Marketplace dan aplikasi Bursa Anywhere. Bursa Marketplace juga mempunyai platform Mirror, Learn & Trade (MLT) yang mana pelabur boleh belajar melabur dengan cara ‘meniru’ strategi dan jual beli yang dibuat oleh trader atau investor berpengalaman yang berdaftar dalam platform ini secara virtual.
Tips Bagi Pelabur Beginner
Antara soalan paling kerap ditanya oleh pelabur baru adalah, “Saham apa nak beli?”
Sebelum memulakan pelaburan saham, perkara pertama yang perlu dibuat oleh setiap pelabur adalah mempelajari kaedah pengurusan risiko dan cara pemilihan saham. Kedua-duanya mestilah sejajar dengan matlamat pelaburan masing-masing.
Banyak saluran percuma mahupun berbayar dalam talian yang pelabur boleh lawati untuk mula belajar. Bursa Malaysia Berhad sendiri menyediakan platform pembelajarannya untuk memudahkan pelabur.
Sebagai alternatif, anda juga boleh mendaftar di sini untuk webinar pelaburan saham percuma yang mengajar kaedah yang dipelopori oleh Warren Buffet, antara individu terkaya di dunia yang mencapai status billionaire hanya melalui pelaburan saham.
Menimba ilmu pelaburan saham yang betul adalah langkah pertama yang kritikal supaya pelabur baru tidak mudah tertipu dengan scammer-scammer pelaburan. Sifat tamak dan mahu cepat untung andalah antara penyebab utama pelabur tertipu dengan skim-skim begini, khususnya di kalangan pelabur baru.
Daripada ditipu puluhan atau ratusan ribu ringgit disebabkan scammer, lebih baik dilaburkan sedikit wang terlebih dahulu dengan mempelajari ilmu pelaburan yang betul.
Tetapi apa yang menariknya, untuk bermula sebagai seorang pelabur, anda boleh menimba ilmu tanpa modal. Caranya mudah sahaja, iaitu anda cuma perlu hadiri program Webinar Saham daripada VI College. Klik di sini untuk belajar saham bersama kami!