Apakah itu Metaverse? Metaverse ialah dunia virtual 3D yang memfokuskan kepada hubungan sosial. Namun, Metaverse tidak akan terbentuk tanpa komponen-komponen penting yang membinanya. Berikut ialah ‘bahan binaan’ dalam Metaverse dan lapisan-lapisan yang terlibat.
Apa yang membentuk ekosistem METAVERSE?
‘Bahan binaan’ ekosistem Metaverse serta syarikat-syarikat yang terlibat:
Teknologi 5G – Skywork Solutions, Broadcomm, Verizon
Semikonduktor – Nvidia, Qualcomm, Taiwan Semiconductor
Perisian – Adobe, Autodesk, Unity Software
Perkakasan – Apple, Samsung, Facebook
7 Lapisan Metaverse Yang Terlibat
Infrastruktur | 5G, 6G, Cloud, GPUs |
Antara Muka Manusia (Human Interface) | Telefon Pintar, Kaca Mata Pintar, Headset |
Desentralisasi (Decentralisation) | Kecerdasan Buatan, Blockchain, Edge Computing |
Spatial Computing | Enjin 3D, VR/AR/XR |
Creator Economy | Alat Reka Bentuk, Commerce, Pasaran Aset |
Penemuan (Discovery) | Rangkaian Pengiklanan, Rating |
Pengalaman | Game, Sosial, E-sports, Teater, Beli-belah |

Bila kemunculan Metaverse?
Metaverse sudah pun wujud, Roblox dan Epic Games antara syarikat awal yang mencipta ruang ini melalui permainan mereka.
Metaverse secara ‘menyeluruh’ masih belum dicapai kerana turut bergantung kepada adaptasi 5G.
Menurut Mark Zuckerberg, Metaverse hanya boleh dicapai sepenuhnya dalam 10 ke 15 tahun akan datang dan memerlukan kerjasama daripada pembuat polisi, rakan dan pakar industri.
Kita masih lagi di peringkat awal dalam ruang Metaverse. Mark Zuckerberg, pemilik syarikat Meta Platform atau lebih dikenali sebagai Facebook mengatakan dalam dekad akan datang, Metaverse akan boleh dicapai oleh berbilion individu, mengacarakan berbilion perdagangan digital dan memberi peluang pekerjaan kepada jutaan creator dan developer. Pada waktu itu, saham-saham syarikat yang terlibat awal dalam ruang Metaverse akan dapat manfaat besar. Jadilah yang terawal dalam menerokai ruang Metaverse ini.