Kebelakangan ini, kesan inflasi dapat dirasai di merata-rata, sampai dah tak ‘silent’. Inflasi dah jadi ‘pembunuh ketara’. Sudahlah nak beli barang pun mahal, portfolio saham pula di lautan merah.
Kenapa bila inflasi tinggi, pasaran saham turun? Apa kaitan?
Inflasi ↗️, Pasaran Saham ↘️
Apa Kaitan Inflasi dengan Pasaran Saham?
Inflasi dan Kuasa Membeli
- Kadar inflasi yang meningkat menyebabkan harga barang/servis bertambah.
- Untuk mengawalnya, polisi kewangan dalam bentuk kenaikan kadar faedah dibuat oleh kerajaan.
- Harga yang tinggi juga mengurangkan kuasa membeli pengguna.
Inflasi dan Operasi Syarikat
- Kenaikan harga barang/servis turut menyebabkan kenaikan kos operasi syarikat.
- Syarikat mengambil masa beberapa suku tahun untuk memindahkan kos kepada pengguna.
- Kenaikan kadar faedah juga menyebabkan kadar pertumbuhan syarikat perlahan kerana bank mengurangkan. pinjaman
Inflasi dan Pasaran Saham
- Kos operasi yang meningkat menyebabkan keuntungan syarikat berkurang.
- Kenaikan kadar faedah juga memperlahankan kadar pertumbuhan syarikat.
- Penganalisis dan pelabur mengurangkan penilaian terhadap saham syarikat
Pasaran saham turun dan memberikan reaksi.
Inflasi dan Prestasi Saham Growth VS Value
Saham secara am terbahagi ke saham Growth dan Value
- Saham Value biasanya syarikat dengan aliran tunai yang kukuh.
- Saham Growth ialah syarikat dengan pertumbuhan pantas yang mungkin belum memberi keuntungan.
- Dalam persekitaran inflasi, saham Value cenderung lebih berprestasi kerana kewangannya yang kukuh.
Kesimpulan
Kenaikan kadar inflasi memberi kesan domino kepada pelbagai aspek dalam pelaburan.
Bermula daripada jangkaan kuasa membeli pengguna, seterusnya syarikat dan pasaran saham
Sebagai pelabur, apa strategi pelaburan anda boleh ambil ketika inflasi tinggi? 🤔