Tak semua orang ada masa untuk semak pelaburan dan baca berita untuk faham sentimen pasaran setiap hari. Sebab itulah ada pilihan mudah untuk buat Dollar-Cost Averaging (DCA) bagi menyenangkan tugas kita sebagai pelabur.

Strategi Ketika Market Down: Dollar Cost Average (DCA)

Apa itu Dollar Cost Averaging?

  • Pelabur tetapkan jumlah wang tertentu untuk dilaburkan secara berkala
  • Pembelian berlaku pada masa tetap tanpa mengira harga
  • Mengurangkan kesan turun naik harga
  • Membuang konsep ‘time the market’ yang memakan masa/tenaga

Bagaimana DCA berfungsi?

Katakan dalam 2 senario:

  1. Pelaburan Lump-Sum = RM400
  2. Pelaburan DCA = RM100 setiap bulan
dollar cost averaging

DCA, lebih baik daripada ‘Buy the dip”?

  • Tiada sesiapa boleh meramal setepatnya harga terendah dalam pasaran
  • DCA meningkatkan kebarangkalian membeli pada harga rendah
  • DCA bermakna anda boleh beli lebih banyak unit pada harga rendah

Kenapa DCA?

  • Mengurangkan kesan psikologi pelabur dan ‘market timing’
  • Mengelak risiko membuat keputusan berdasarkan rasa takut atau tamak
  • Memaksa pelabur untuk disiplin dalam melabur tanpa mengira harga

AMARAN!!

  • DCA tidak mengurangkan risiko pelaburan
  • DCA tidak melindungi pelabur daripada risiko penurunan harga pasaran
  • DCA boleh memberi keuntungan dalam jangka masa panjang, jika dilaburkan dalam aset berkualiti yang bersesuaian

Nak penjelasan dengan lebih menarik? Tonton video daripada Tuan Helmy ni!